Daily Archives: April 30, 2011

Berita buat AGM.

Bismillah..

Esok berlangsunglah AGM SMSA 2011. Alhamdulillah tahun ni, banyak pelajar-pelajar baru yang tampil ke hadapan mencalonkan diri mereka untuk beberapa jawatan. Untuk Presiden sahaja, sudah 5 orang mencalonkan diri. Boleh kata build up to the meeting was colourful, eventful and manifesto-ful.

Selepas meneliti manifesto-manifesto yang disediakan calon, kebanyakannya ada visi yang tinggi untuk SMSA. Alhamdulillah ini perkara yang baik. Sangat baik. Mungkin ada beberapa perkongsian yang aku boleh sediakan untuk yang bertanding.

Sometimes, manifestos are meant to be broken. Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah kadang-kadang amat susah untuk menunaikan semua manifesto. Kita tidak boleh menidakkan faktor-faktor luar yang boleh merencatkan janji-janji dalam manifesto kita. Even waktu aku dalam komiti SMSA tahun 2009/2010 pun, ada manifesto yang kami gagal tunaikan selaku komiti. Jadi nasihat aku, kepada bakal-bakal komiti SMSA, jangan rasa lemah semangat kalau-kalau anda tak mampu nak tunaikan janji-janji anda. Apa yang penting ialah anda berusaha keras sebaik mungkin untuk menunaikan manifesto anda.

Jadi pemimpin memang susah. Setiap perilaku anda, pergerakan anda pasti orang akan lihat dan perhati. Kalau baik perilaku anda, alhamdulillah orang akan senang dengan anda. Tapi kalau tersilap langkah, andalah orang pertama yang akan orang tuding jari mereka. Tapi kadang-kadang kalau orang tuding jari mereka ke arah anda, ambillah perkara itu sebagai pengajaran dan cara untuk memperbaiki diri anda. Mungkin ada yang suka-suka cari point dengan anda, mungkin ada yang tidak. Ingat, orang yang berada di luar kadang-kadang lebih nampak apa yang anda tidak nampak.

Dan terakhirnya, binalah kekuatan di kalangan ahli komiti. Kalau ahli komiti pun ada yang bermasam muka sesama ahli, tidak bertegur sapa, ini bukan budaya kerja yang sihat. Ada masalah, bincang secara berdepan. The temptation to blame others are always there. Kalau anda silap, akuilah kesilapan dan perbaiki kesilapan. Kesatuan yang kuat dalam komiti insha-Allah kalau diterjemahkan ke dalam budaya kerja, hasilnya mesti baik.

Akhir kata dari seorang pelajar final year, Good Luck untuk semua calon yang bertanding. Yang akan terpilih hasil undi ahli, tahniah diucapkan dan selamat bertugas. Untuk yang tidak dipilih ahli, jangan kecewa kerana percayalah, banyak lagi ruang untuk anda serlahkan bakat anda sebagai pemimpin. Again, Good Luck! :)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.