Aku dan ayah.

Isnin minggu depan exam untuk Spring sem nak mula. Setakat ini persiapan alhamdulillah. Tapi tu la sem ni banyak subject kualitatif, kurang kuantitatif. Jadi kepala naik ketat kene hafal banyak teori, definition dan seangkatan dengannya. Jadi bila tension, aku pun pergi jalan-jalan kat bandar. Tapi memang nak beli barang-barang pun.

Tengah jalan-jalan kat bandar tiba-tiba teringat kenangan waktu kecil dengan ayah. Aku akui aku memang lebih rapat dengan mak berbanding ayah. tak tau la korang sama ke tak dengan aku. Tapi bila fikir-fikir banyak juga kenangan dengan ayah waktu kecil-kecil.

Kat Kuala Lumpur ada dua taman tasik, taman tasik titiwangsa dan taman tasik perdana. Tiap hujung minggu ayah mesti bawa aku dan adik ke sana. dari aku tadika sampai la ke darjah dua. Taman tasik perdana lagi best daripada taman tasik titiwangsa. Kenapa? Macam-macam perkara ada di taman tasik perdana macam taman burung, bagi rusa dan ikan makan dan palyground yang mencabar. Tiap-tiap kali pegi taman tasik perdana ayah akan suruh aku panjat ke tempat paling tinggi dekat playground tu. aku pun tak ingat apa nama permainan tu. tapi ayah akan tengok dari bawah la. maybe ayah nak ajar aku supaya selalu jadi champion.

Bila dah penat bermain, bagi rusa dan ikan makan roti, ayah akan belanja aku dengan adik aiskrim. Aku selalu beli aiskrim mangkuk. adik dan ayah pun sama. Tiap-tiap kali pergi taman tasik perdana itu la rutin kami tapi tak pernah bosan pun.

Kalau pergi taman tasik titiwangsa, kami bertiga akan dayung sampan dekat tasik yang besar tu. Selalunya ayah la yang dayung. aku degan adik macam biasa, bagi ikan makan roti. Seingat aku ada sekali je ayah bagi aku dayung. Ye la kalau aku dayung alamatnya petang la baru abis pusing tasik tu. Kalau kami datang awal pagi, kami akan naik kuda dulu. Ayah tak naik tapi aku ngan adik je yang naik. itu la rutin kalau pegi taman tasik titiwangsa. Selalunya ayah akan alternate antara dua tempat ni tiap kali hujung minggu.

Masa aku tadika 6 tahun, ayah ada bawak aku pergi pameran dinasour dekat sunway. Aku ingat lagi kami pergi berdua, adik tak tau apa pun kami pergi mana hari tu. Sorry dik.

Masa 6 tahun jugak, aku kena demam chicken pox. Memang sakit betul waktu tu. Ada satu malam ayah bawak balik coklat tango lepas ayah solat isya’ di masjid. Aku ingat lagi waktu tu aku tengah baring depan tv tengok cerita star wars. Oh ayah memang minat star wars. masa masuk rumah, ayah sorok coklat tu dalam kopiah dia. Aku yang macam tau ada sesuatu terus pegi dekat ayah. Sekali betul ada coklat tango.

Lepas tu masa aku naik darjah 5, ayah beli komputer. Satu petang ayah bawak balik CD game FIFA 98. Waktu tu FIFA 98 memang tengah top sebab nak dekat world cup 98. Hari minggu ayah akan ajak lawan. Aku pakai keyboard, ayah pakai mouse. Ayah macam biasa akan pilih team favourite dia, Argentina. Waktu tu Argentina ada Gabriel Batistuta. Aku pulak macam biasa pakai team favourite aku, Brazil. Kata nak jadi champion. Waktu tu Ronaldo kurus dan laju. Tak macam sekarang.

Banyak perkara yang ayah suka aku akan ikut. Eh tak banyak pun. Ayah minat formula 1 dan team Mclaren Mercedes. Waktu tu Mika Hakkinen juara dunia jadi aku pun ikut sokong sekali sebab ayah minat dia.

Kenangan kena marah dengan ayah pun banyak. Pernah sekali aku buat nakal, ayah bawak aku pergi balai polis. Aku ingatkan ayah main-main sekali betul pergi balai polis. Yang aku pelik sampai la hari ini macam mana la polis tu boleh pakat dengan ayah aku pergi soal aku macam-macam. Oh cukup la takat situ yang lain-lain biar aku simpan seorang. Segan pulak nak cerita nanti korang gelak.

Apa pun bila dah besar ni, aku pegang prinsip aku adalah legasi ayah. Kita semua adalah legasi ayah dan ibu kita. Sedar tak sedar, kita ada saham untuk amk dan ayah kita di akhirat. macam hadith nabi cakap,

“Apabila mati seseorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: ٍSedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanafaat dan Anak soleh yang berdoa baginya.” (riwayat Muslim)

Semoga ayah terus sihat dan bertambah iman. Ameen.

Advertisements

About zakwan87

my full name is ahmad zakwan bin abd rahman. born in gombak, selangor. previous school was sekolah berasrama penuh integrasi gombak(what a coincidence) and kolej mara banting. now a student of chemical and process engineering. very interested in soccer and i'm an arsenal fan(in arsene, we trust). this blog is created for the purpose of sharing my ideas and thoughts and also a space for me to sharpen my thinking. i would like to welcome everyone to my blog!

Posted on May 18, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. ayah beli komputer ayah sorok dalam songkok x? =P

    tu la nakal sangat sampai kene bawak g balai polis!
    dah besar2 ni nakal ayah bawak g balai kadi x? kalau ye, nakal la banyak2..
    kah kah kah kah kah..

    bluuuweeekkk

    • hehe citer balai polis tu akan diceritakan dengan lebih lanjut lagi klu ade ruang 🙂

      • Salam. Hah! Cite la pasal balai polis tuh lagi. I need stories yang klako klako. Saja nak isi masa bosan bosan.. By the way, seronok la baca your past.. cerita la lagi kalau ada. By the way, thanks for sharing your stories.. ;]

        p/s; ini your first entry fully malay kan?

      • salam..

        thanx baca post kat blog ni. ohh cerita yg lain2 tu kene simpan utk masa depan haha. sebelum ni ade je entry penuh melayu. i am writing in english because i want to improve my english so if u notice any mistakes slumber je tegur dan betulkan 😀

        anyway salam perkenalan dan ukhuwwah 🙂

      • salam. ouhh. haha. yeah yeah you’re welcome. emm actually, i read yr blog pon sebab nak improve my english. sebab org selalu tengok bro tulis fully english. english yang best pulak tuhh. so nak belajar la from your entry.. huhu. got your url pon dari bro joe.. credit to bro joe! yeyeahhh. haha

        yeah yeah salam perkenalan & ukhuwwah from 18yrs old boy. huhu. ;]

  2. ayah dah takde….
    jumpa tuhan

  3. comeyyy sgt cerite nih. it sounds very honest and true!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: