bon appetite!

Alhamdulillah, Khamis malam lepas selamat sampai di KLIA untuk pulang cuti musim panas. Cuti selama 3 bulan akan cuba dimanfaatkan sebaiknya. Ada 4 buku yang perlu dihabis baca sepanjang 3 bulan ni. Ada orang cakap that is quite ambitious.

Sabtu lepas pergi ke rumah makcik di Shah Alam untuk family gathering. Kebiasaannya family gathering ni setiap keluarga akan bawa menu masing-masing ataupun istilah lainnya ialah potluck. Saya tidur satu malam di rumah makcik atas pelawaan anaknya. Keesokan harinya, kami makan tengahari bersama. Usai makan, kami berborak-borak di ruang tamu. Banyak perkara yang kami bualkan daripada hal keluarga ke hal memandu kereta hinggalah ke hal makanan. Tapi bagi aku topik makanan yang paling layan sekali.

Saya ada satu soalan, kalau anda makan, anda akan makan buah sebelum atau selepas makan main course? Aku rasa kebanyakan dari kita akan makan buah selepas kenyang dengan main course. Bagi masyarakat barat, buah boleh diklasifikasikan sebagai dessert atau pencuci mulut. Rata-rata masyarakat kita hari ini berpegang pada konsep ini iaitu makan main course dahulu kemudian barulah mengambil buah-buahan sebagai dessert. Sebenarnya, konsep ini lari dari sunnah yang dianjurkan oleh nabi Muhammad S.A.W. Betapa halus agenda barat dalam melarikan kita daripada mengikut jejak sunnah nabi.

Nabi Muhammad S.A.W kebiasaannya akan mengambil buah-buahan dahulu sebelum baginda mengambil makanan yang lain. Kenapa? Baca artikel di bawah ini,

“Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG”.(Anthony Robbins, Unlimited Power)

Ada yang mengatakan petua makan buah dahulu turut diriwayatkan dalam sebuah hadith tapi setakat yang saya cuba cari, tiada bukti kukuh yang mengatakan ada hadith sahih mengenai perkara ini. Tapi berdasarkan daripada artikel di atas ini, jelas bahawa selama ini kita (mungkin saya sahaja dan anda tidak) silap dalam mengamalkan tabiat pemakanan yang betul dan sihat. Dalam al-Quran surah al-Waqi’ah ayat 20-21, Allah S.W.T berfirman,

وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ

“ Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.”

Jelas dalam ayat al-Quran di atas, Allah menyebut buah-buahan dahulu sebelum daging. Mengapa? Pasti ada makan yang tersirat di sebalik ayat di atas yang Allah mahu hamba-hambaNya mengkaji dan diinterpretasikan untuk diguna pakai dalam kehidupan harian.

Dan jangan terkejut jika anda dapat tahu bahawa orang Yahudi akan mengambil buah dahulu sebelum mengambil makanan berat yang lain. Alasan mereka ialah kerana pengambilan makanan berat dahulu akan membuatkan kita mengantuk dan susah untuk memahami apa yang kita belajar. Mungkin sebab itu tidak hairan mengapa kaum Yahudi berjaya melahirkan ramai golongan cerdik pandai yang berjaya dalam berbagai bidang.

Saya pernah terbaca satu artikel panjang mengenai usaha barat untuk mendidik masyarakat dunia supaya kerap mengambil hati dalam pemakanan harian kerana khasiat yang terkandung di dalam hati walhal, islam menegah umatnya daripada memakan organ-organ haiwan kerana bahaya yang terkandung di dalamnya (betulkan jika saya salah).

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan sebarkan kepada rakan muslim yang lain. Wallahu’alam.

Credit to:

  1. http://blogs.iium.edu.my/yeop/2009/05/05/bila-waktu-sesuai-makan-buah-buahan/
  2. http://mountdweller.blogspot.com/2009/02/cara-makan-yahudi-seperti-yg-tertulis.html
Advertisements

About zakwan87

my full name is ahmad zakwan bin abd rahman. born in gombak, selangor. previous school was sekolah berasrama penuh integrasi gombak(what a coincidence) and kolej mara banting. now a student of chemical and process engineering. very interested in soccer and i'm an arsenal fan(in arsene, we trust). this blog is created for the purpose of sharing my ideas and thoughts and also a space for me to sharpen my thinking. i would like to welcome everyone to my blog!

Posted on June 22, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. awak je ni yang makan buah lepas makan nasi! kitowang sume makan buah sebelum makan nasi..lalalala~

  2. salam `alaik. Minta izin copy cket kndungan dlm post ni yer..
    tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: