Tawarikh

Ahad lepas saya dan ayah pergi ke museum tentera diraja darat di Port Dickson. Tiada yuran masuk dikenakan dan rasanya, tiada pak guard pun yang jaga museum. Kalau ada rancangan nak hijack meriam-meriam lama tu mesti berjaya, tak perlu perancangan teliti macam Michael Scofield.

Oh, saya bergurau sebenarnya.

Kebanyakan barang-barang pameran di situ sudah tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan ketenteraan. Mungkin sebab itu tidak perlu kepada pengawasan oleh pak guard. Ade beberapa meriam dan kereta kebal dipamerkan di museum tersebut. Paling menarik perhatian saya ialah meriam anti-pesawat ciptaan Britain yang diberikan kepada tentera Malaysia ketika itu. Saya mengandaikan bahawa meriam anti-pesawat adalah satu ciptaan baru rupa-rupanya sudah lama dihasilkan oleh Britain.

Tapi yang paling menarik perhatian saya di museum itu ialah terowong yang digunakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) di zaman darurat komunis dahulu. Terowong itu adalah terowong sebenar cuma sudah dibaik pulih dinding dan struktur dalamannya. Dalam terowong tersebut ada tempat tidur, tempat bedah, tempat latihan menembak dan bilik mesyuarat untuk perbincangan taktikal perang mungkin.

Semua orang tahu perihal PKM melalui matapelajaran sejarah di sekolah. Ketika itu kita mungkin familiar dengan istilah kawasan putih dan kawasan hitam. Seingat saya kawasan hitam salah satunya berada di Negeri Sembilan. Mungkin sebab itu masih ada kesan tinggalan PKM di museum itu. Dalam sejarah yang kita pelajari, PKM dikelaskan sebagai parti berhaluan kiri yang radikal. Ketika itu ada dua blok yang wujud pasca perang dunia kedua, iaitu blok kapitalis dan blok komunis.

Sebelum munculnya PKM, golongan berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan dipelopori oleh beberapa persatuan seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh dan beberapa persatuan lain. Mereka berjuang melalui mata pena yang disalurkan melalui akhbar terbitan mereka. Dalam sejarah, terbukti bahawa penulisan mampu mempengaruhi semangat orang ramai. Penulisan ini boleh dikatakan sebagai satu sumber pendoktrinan untuk mengumpul penyokong. Lihat kepada bagaimana Tao di China menggunakan akhbar-akhbar dan siaran-siaran di radio.

Dalam sejarah tingkatan 1, dalam topik pertama kita diajar mengenai unsur ‘bias’ dalam sejarah fdan ironinya, unsur bias memang wujud dalam matapelajaran sejarah. Kita dikhabarkan persatuan-persatuan ini sebagai golongan berhaluan kiri namun pada hakikatnya, niat mereka ingin membebaskan tanah melayu dari pengaruh jajahan inggeris secara total. Pendekatan kerajaan ketika itu, iaitu parti perikatan ialah untuk mencapai kemerdekaan melalui rundingan. Golongan ini tidak bersetuju kerana pasti ada helah disebalik setiap rundingan. Golongan ini terpengaruh dengan semangat dari Indonesia yang berjaya mencapai kemerdekaan secara total walaupun wujud pertumpahan darah. Saya masih ingat ketika BTN, seorang penceramah berasa bangga bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan dengan cara yang lebih baik daripada Indonesia. Pandangan ini salah dan naif sama sekali.

Maka apabila persatuan-persatuan ini ditahan, kemudian dibebaskan setelah tanah melayu merdeka, mereka berasa putus asa untuk terus berjuang secara sah. Di sinilah PKM mengambil kesempatan dan menawarkan mereka peluang untuk kembali berjuang. Ketika itu, PKM boleh dikatakan sebagai satu ‘manhaj’ baru untuk mereka berjuang. Fakta ini sangat menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah mengetahui sejarah dari sudut pihak yang satu lagi. Jikalau anda ingin keterangan yang lebih baik, anda boleh tonton ’10 tahun sebelum merdeka’ di youtube.

Walaubagaimanapun, bukanlah niat saya ingin menyokong ideologi yang dibawa oleh komunis. Komunis dan kapitalis kedua-duanya ada baik dan buruknya. Yang hanya adil sistem di atas muka bumi ini ialah sistem perundangan Islam. Amat menyedihkan apabila mengetahui Melaka satu masa dahulu pernah menjadi salah satu pusat Islam terkemuka di dunia. Malah wujud hubungan yang baik antara kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kerajaan Johor. Setelah jatuhnya khilafah, tanah melayu hilang masyhurnya kerana nilai-nilai Islam itu semakin jauh dalam masyarakat angkara kedatangan penjajah dengan slogan ‘Gold, Glory, Gospel’. Sultan Melaka yang suatu ketika dahulu begitu berperanan dalam pentadbiran masyarakat. Malah ada sultan yang sanggup meronda di waktu malam untuk menangkap pencuri. Seingat saya sultan itu adalah Sultan Alauddin Riayat Shah.

Sungguh negara kita mempunyai sejarah yang sangat hebat untuk ditelusuri dan diambil pedoman dan iktibarnya. Saya dahulu kurang gemar subjek sejarah malahan jika diberi peluang untuk membuang satu subject dalam SPM, aka sejarahlah yang akan saya pilih. Lama kelamaan barulah saya sedar pengaruh sejarah dalam kemajuan sesuatu bangsa. Saya tutup entri kali ini dengan satu quotes dari George Santayana yang mungkin anda sudah dengar berulang kali,

“Those who do not remember the past are condemned to repeat it.”

p/s : gambar-gambar lain boleh tengok di facebook. sekian.

Advertisements

About zakwan87

my full name is ahmad zakwan bin abd rahman. born in gombak, selangor. previous school was sekolah berasrama penuh integrasi gombak(what a coincidence) and kolej mara banting. now a student of chemical and process engineering. very interested in soccer and i'm an arsenal fan(in arsene, we trust). this blog is created for the purpose of sharing my ideas and thoughts and also a space for me to sharpen my thinking. i would like to welcome everyone to my blog!

Posted on August 4, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. kelakar la tulis dalam BM..
    =P

    Rajinnya ek g jalan2..x ajak!

  2. muzium??????
    nak nak nak..laut pon best!

  3. Golongan berhaluan kiri pada itu sudah terpengaruh dengan gerakan fahaman politik indonesia.Ada dikalangan mereka yg berfahaman sosialis.
    Saya rasa pelik kenapa mereka pilih jalan sukar untuk merdeka kalau dibandingkan dengan rundingan dan permuafakatan yg digalakkan dalam islam. Pada waktu, selepas Malayan Union dibubarkan disebabkan tentangan habis-habisan org Melayu yg bersatu dengan UMNO dan sokongan raja-raja Melayu, pihak British mula memberi kerjasama untuk menjalankan proses dekolonisasi.Waktu itu memang British sudah bersedia nak bagi kemerdekaan negara tapi sebelum itu British perlu menyediakan dan melatih penduduk tempatan untuk menerajui pentadbiran dahulu melalui sistem ahli.Ancaman pengganas komunis pada masa itu cukup besar dan menyebabkan proses kemerdekaan lewat dijalankan. Bayangkan selepas jepun menyerah kalah, pengganas PKM telah mengganas buat huru-hara, membunuh ribuan rakyat yg tak bersalah dan menyerang kampung-kampung,balai polis dan mencemarkan masjid.Sehinggalah British datang mententeramkan keadaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: