Barakallahu lakum!

Bismillah..

Alhamdulillah, tanggal 12.02.2011 selamatlah abang saudara saya, Mohammad Zaim melangsungkan perkahwinannya. Saya selalu memanggilnya dengan nama abang boy (nama panggilan oleh semua ahli keluarga). Dari kecil, saya memang rapat dengan abg boy dan samalah juga untuk sepupu-sepupu yang lain. Setiap hujung tahun, saya akan ke Kuantan untuk menghabiskan cuti. Kebiasaannya, seminggu saya akan tinggal di Kuantan. Setiap kali ke Kuantan memang seronok.

Sewaktu kami masih kecil, rumah abang boy paling menarik sebab dia ada komputer yang lengkap dengan games. Umur sekolah rendah, sememangnya computer games bagaikan satu tarikan. Kami bermain bermacam-macam games seperti Street Fighters, FIFA dan lain-lain. Saya akui sewaktu kecil abg boy memang orang yang saya ingin contohi. Hebat dalam pelajaran, baik budi pekerti dan seorang anak yang baik. Boleh kata dia adalah anak buah favourite untuk semua ahli keluarga. Abg boy diterima masuk ke Kolej Yayasan Saad Melaka, sebuah sekolah yang agak hebat statusnya. Saya pernah berpeluang melawatnya 2 kali dan selalu menyimpan hasrat untuk masuk ke sekolah itu. Fasiliti yang mantap memang cepat mempengaruhi mana-mana fikiran pelajar sekolah.

Setiap kali berjumpa waktu cuti, abg boy akan selalu bercerita mengenai sekolahnya dan selalu menasihati saya supaya cuba untuk masuk ke sekolahnya. Keluar keputusan SPM, alhamdulillah dia mendapat 9A1 daripada 10 matapelajaran. Tetapi dalam proses menunggu result SPM, satu ujian getir Allah campakkan ke dalam hidupnya. Satu berita yang menyentak hati semua ahli keluarga. Dia menghidap penyakit gloucoma. Saya ingat lagi 3 hari sebelum dia berjumpa dengan doktor, kami sedang berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan dia ada memberitahu saya dia kerap terlanggar dengan orang yang lalu-lalang kerana penglihatannya sekana-akan mengecil. Tetapi apalah yang saya tahu ketika itu.

Berita itu boleh dikatakan mengubah hidupnya. Dahulu abg boy sangat aktif orangnya. Tetapi selepas itu pergerakannay amat terbatas. Dia perlu bersama dengan seorang yang lain jika ingin bergerak ke mana-mana. sewaktu surat tawaran dari KYUEM tiba untuk peringkat A Level, dia hampir-hampir tidak mahu pergi kerana risau akan dirinya. Satu perkara yang saya sangat kagum ialah, dia berjaya mendapatkan scholarship daripada Bank Negara Malaysia, yang mana anda perlu melalui 3 peringkat tenuduga dan merupakan satu scholarship yang amat eksklusif.

Abg boy tetap pergi mendaftar di KYUEM untuk 2 tahun pengajian A Level. Namun, perancangan Allah adalah lebih baik. Abg boy tidak berjaya ke luar negara dan menyambung pengajiannya di University of Nottingham, Semenyih. Saya pernah berborak dengan pak ngah dan dia sendiri berkata mungkin Allah meletakkan abg boy dalam keadaan yang lebih baik kerana sekiranya dia ke luar negara, mungkin satu cabaran yang susah kerana penyakitnya.

Hidup abg boy penuh ujian tetapi saban tahun, saya dapat melihat kematangannya yang bertambah. Dia tidak pernah menyalahkan dirinya kenapa bernasib malang, malah dia cuba untuk hidup seperti orang biasa dan kini sudah pun berkerjaya di Public Bank. Apa yang dapat saya pelajari dari kisah abg boy ini ialah erti hidup seorang hamba. Dia tidak pernah meyerah kalah dengan nasib dirinya dan yakin bahawa di hujung sana, insha-Allah akan ada jalan kejayaan. Malah ujian inilah yang telah menjadikannya seorang anak yang baik. Sentiasa berlapang dada walaupun hatinya disakiti dan sering memaafkan orang yang pernah menyakiti hatinya.

Satu sahaja pesanan pak ngah yang insha-Allah saya akan cuba pegang, jangan sekali-kali memperkecilkan abg boy kerana kurang upayanya. Jika ada apa-apa perkembangan perlulah berkongsi berita dengannya kerana kami sudah rapat sejak kecil. Perlu sentiasa bertanya khabar dan berhubung dengannya. Ada sedikit air mata di kelopak mata pak ngah ketika berpesan demikian. Setiap kali cuti saya akan bergerak ke Kuantan untuk menghabiskan sedikit masa cuti dengannay. Tapi selepas ini mungkin sudah tidak boleh bermain PS3 dengan abg boy seperti biasa. Yalah, orang dah beristeri =)

Maka apabila mendapat berita ini, saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah kerana memudahkan urusannya berumah tangga. Saya berasa kecewa kerana tidak dapat menyertai majlis akad nikahnya. Mungkin hari ini, sayalah orang yang paling gembira di Sheffield.

Buat abg boy,

Barakallahu lakuma kepada abg boy dan kak atiyyah. Semoga ikatan kasih ini akan berkekalan hingga ke syurga =)

I, salute you, my dear brother.

Advertisements

About zakwan87

my full name is ahmad zakwan bin abd rahman. born in gombak, selangor. previous school was sekolah berasrama penuh integrasi gombak(what a coincidence) and kolej mara banting. now a student of chemical and process engineering. very interested in soccer and i'm an arsenal fan(in arsene, we trust). this blog is created for the purpose of sharing my ideas and thoughts and also a space for me to sharpen my thinking. i would like to welcome everyone to my blog!

Posted on February 12, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. tahniah2, ko bile plk zakwan? hehehe…;D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: