Tanah tumpah darahku.

Bismillah..

Setiap hari kalau singgah di laman web malaysiakini atau malaysianinsider, macam-macam berita politik Malaysia keluar. Ada yang baik, ada yang tidak baik. Tapi jujurnya, makin lama politik tanah air seakan-akan hilang punca sampai kadang-kadang ada yang berfikir bahawa semua drama politikus ini tiada kesudahannya.

Personally, aku melihat situasi politik tanah air sekarang lebih kepada mengejar kuasa dan undi. Apa-apa sahaja isu yang boleh dipolitikkan, confirm akan jadi tajuk utama muka depan surat khabar, tajuk utama berita jam 8 malam. Dan yang lebih memenatkan ialah bila isu yang jadi tajuk utama ialah isu yang berkaitan dengan soal kaum di Malaysia. Tak kiralah melayu, cina, india dan lain-lain. Mat Indonesia dan mat Bangladesh lain kisahnya.

Tak dapat dinafikan memang susah untuk mentadbir negara yang bangsanya majmuk, malah agama yang ada di Malaysia juga majmuk. Malaysia lain ciri-cirinya dengan UK. Kenapa? Kerana di Malaysia islam merupakan agama rasmi dan tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak amalan islam telah diasimilasikan ke dalam cara hidup penganutnya. Di UK, agama rasminya Kristian (King@Queen adalah ketua agama) tapi rata-rata rakyatnya bukanlah pengamal kristian yang baik. Dalam erti kata lain, Kristian pada nama sahaja (ada pulak istilah ni?). Dalam dokumentari BBC baru-baru ini mengenai masa depan agama kristian di UK, dapat disimpulkan bahawa keadaan agama kristian mungkin lebih teruk dari islam. Maka bila isu hak orang islam dibangkitkan, reaksinya berbeza jika isu hak Kristian dibangkitkan di UK. (maaf jika pandangan ini salah)

Kedua, rakyat British kebanyakannya mampu bersaing hebat dengan bangsa-bangsa imigran dari negara lain. Meskipun ada di kalangan orang-orang hebat di UK yang bukan dari bangsa British tetapi secara general, mereka hebat di dalam pegangan ekonomi negara mereka (contoh: tauke Marks & Spencer, Lord Alan Sugar). Malah dari segi pendidikan, pelajar British boleh dikatakan agak prominent dalam prestasi mereka.

Saya tidak pasti apa pandangan anda tetapi pendapat saya situasi dua negara ini cukup berbeza. Di Malaysia, orang-orang terkaya bukanlah dari kalangan kaum bumiputera. Tan Sri Albert Kwok, Tan Sri Ananda Krishnan dan lain-lain unggul dalam bidang mereka. Malah dari segi pendidikan, saya berpendapat kaum bumiputera amat susah untuk bersaing dengan kaum lain. Sebab itu, Sekolah Berasrama Penuh diwujudkan (bak kata guru saya).

Untuk menyelesaikan masalah yang tidak sudah-sudah di Malaysia ini, mungkin kaum bumiputera perlu hebat seperti mana hebatnya kaum bumiputera British dalam soal pendidikan dan ekonomi. Dan untuk perkara ini menjadi realiti, tindakan pro-aktif dari kaum bumiputera adalah suatu yang compulsary. Realitinya, kita berada dalam keadaan paranoia dan defensif dek kerana risaukan kehilangan hak-hak bumiputera sehingga kita terlupa untuk mersiap siagakan diri kita. Mungkin keselesaan membuatkan kita lalai dan lupa akan perjuangan bangsa dan agama. Mungkin keselesaan buat kita lupa akan agenda hidup kita sebagai seorang muslim. Hentikanlah budaya rasuah, budaya malas dan budaya negatif-negatif lain. Sedarlah bahawa keselesaan yang berpanjangan tidak akan bawa anda kemana-mana.

Sementara untuk kaum bukan bumiputera, yakinlah selagimana anda di bawah pimpinan orang islam, hak anda sebagai rakyat negara Malaysia tidak sekali-kali akan terjejas. Islam adalah agama yang sejahtera, tidak menganjurkan penindasan ke atas bangsa lain. Bukalah kitab sejarah, tentera islam sentiasa diberikan arahan supaya tidak meruntuhkan bangunan, merosakkan tanaman, tidak membunuh kaum wanita, kanak-kanak dan orang di dalam rumah ibadat. Massacre tidak pernah berlaku di bawah ketenteraan islam, sebaliknya anda tidak akan jumpa ciri-ciri yang sama dalam sejarah Rom meluaskan empayar mereka.

Dalam sains kita pernah belajar mengenai komensalisme iaitu perhubungan dua hala yang menguntungkan dua pihak. Jika komensalisme ini dapat diwujudkan dalam sistem masyarakat Malaysia dan dihayati dengan baik, insha-Allah isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan matang. Wawasan 2020 semakin hampir, namun situasi politik Malaysia masih di takuk lama dan sekiranya ia berterusan, mungkin kejayaan wawasan 2020 hadir dengan jiwa yang kosong.

p/s: ini pandangan peribadi dan bacaan keadaan semasa tanah air dari fikiran saya. bersatu atas perkara disepakati, berlapang dada atas perkara yang diperselisih. I am open to discussion 🙂

Advertisements

About zakwan87

my full name is ahmad zakwan bin abd rahman. born in gombak, selangor. previous school was sekolah berasrama penuh integrasi gombak(what a coincidence) and kolej mara banting. now a student of chemical and process engineering. very interested in soccer and i'm an arsenal fan(in arsene, we trust). this blog is created for the purpose of sharing my ideas and thoughts and also a space for me to sharpen my thinking. i would like to welcome everyone to my blog!

Posted on April 26, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. kalau aku bagi link ni kat kawan aku kat perkasa tu, konpem die bookmark punya. hehe

    balik la malaysia, politik malaysia xdelah seteruk digambar kat malaysiakini semua tu, nak dapat hits tinggi mestilah tajuk n cerita tak betol. taktik sama aku gunakan dalam blog. nak yg asli, pergi dengar ceramah kerajaan atau pembangkang. best3. hehe

    bab bumiputera tu, Islam tu adil, yang kerja lebih dapatlah lebih. ada hak pun tapi sesetengah orang je yang amek keistimewaan dia, sebab tu bumiputera dimakan bumiputera. sedap la kot makan orang sendiri

    • tajuk n cerita tak betol

      haha, kena saman aku dengan malaysiakini kang. tajuk n cerita yang ‘sensasi’ hehe. tu lagi tepat

    • hehe dlm entry ni aku bg suggestion kat dua2 pihak kut. give and take.

      • laaa pnjg ko komen rupenye. aku baca kat phone so kluar skit je haha.

        ntah la aku rase malaysiakini cam reliable. dlm kes bumiputera,cam aku cakap la org bumiputera kat msia kene buang mende2 negative klu nk berdiri sama tinggi ngan org lain. once org bumiputera dh mampu, aku rase isu keistimewaan hak2 ni mungkin dah jadi mende yg org tak kesah.

        persoalannya satu je, org bumiputera dah ready nk compete ngan org lain?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: