Berita buat AGM.

Bismillah..

Esok berlangsunglah AGM SMSA 2011. Alhamdulillah tahun ni, banyak pelajar-pelajar baru yang tampil ke hadapan mencalonkan diri mereka untuk beberapa jawatan. Untuk Presiden sahaja, sudah 5 orang mencalonkan diri. Boleh kata build up to the meeting was colourful, eventful and manifesto-ful.

Selepas meneliti manifesto-manifesto yang disediakan calon, kebanyakannya ada visi yang tinggi untuk SMSA. Alhamdulillah ini perkara yang baik. Sangat baik. Mungkin ada beberapa perkongsian yang aku boleh sediakan untuk yang bertanding.

Sometimes, manifestos are meant to be broken. Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah kadang-kadang amat susah untuk menunaikan semua manifesto. Kita tidak boleh menidakkan faktor-faktor luar yang boleh merencatkan janji-janji dalam manifesto kita. Even waktu aku dalam komiti SMSA tahun 2009/2010 pun, ada manifesto yang kami gagal tunaikan selaku komiti. Jadi nasihat aku, kepada bakal-bakal komiti SMSA, jangan rasa lemah semangat kalau-kalau anda tak mampu nak tunaikan janji-janji anda. Apa yang penting ialah anda berusaha keras sebaik mungkin untuk menunaikan manifesto anda.

Jadi pemimpin memang susah. Setiap perilaku anda, pergerakan anda pasti orang akan lihat dan perhati. Kalau baik perilaku anda, alhamdulillah orang akan senang dengan anda. Tapi kalau tersilap langkah, andalah orang pertama yang akan orang tuding jari mereka. Tapi kadang-kadang kalau orang tuding jari mereka ke arah anda, ambillah perkara itu sebagai pengajaran dan cara untuk memperbaiki diri anda. Mungkin ada yang suka-suka cari point dengan anda, mungkin ada yang tidak. Ingat, orang yang berada di luar kadang-kadang lebih nampak apa yang anda tidak nampak.

Dan terakhirnya, binalah kekuatan di kalangan ahli komiti. Kalau ahli komiti pun ada yang bermasam muka sesama ahli, tidak bertegur sapa, ini bukan budaya kerja yang sihat. Ada masalah, bincang secara berdepan. The temptation to blame others are always there. Kalau anda silap, akuilah kesilapan dan perbaiki kesilapan. Kesatuan yang kuat dalam komiti insha-Allah kalau diterjemahkan ke dalam budaya kerja, hasilnya mesti baik.

Akhir kata dari seorang pelajar final year, Good Luck untuk semua calon yang bertanding. Yang akan terpilih hasil undi ahli, tahniah diucapkan dan selamat bertugas. Untuk yang tidak dipilih ahli, jangan kecewa kerana percayalah, banyak lagi ruang untuk anda serlahkan bakat anda sebagai pemimpin. Again, Good Luck! 🙂

Advertisements

About zakwan87

my full name is ahmad zakwan bin abd rahman. born in gombak, selangor. previous school was sekolah berasrama penuh integrasi gombak(what a coincidence) and kolej mara banting. now a student of chemical and process engineering. very interested in soccer and i'm an arsenal fan(in arsene, we trust). this blog is created for the purpose of sharing my ideas and thoughts and also a space for me to sharpen my thinking. i would like to welcome everyone to my blog!

Posted on April 30, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Nasihat yang sungguh bermakna daripada seorang yang berpengalaman. Tabik untuk abg legend..hehe…

    • haha legend mende nye paih. hg lg legend kut mewujudkan smsa tv. kire nye hg ade legacy kat shefil ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: