Monthly Archives: June 2011

Ramble me-rambling.

Bismillah..

Fuhh spring sem kali ni memang letih. Alhamdulillah project report dah selamat dihantar lebih kurang sebulan lepas. Exactly 2 minggu lepas deadline report, spring sem examination bermula untuk final year student Chemical Engineering. Kali ni aku ada 4 modul untuk exam; Low Carbon Science and Technology, Energy from Biomass and Waste, Nuclear Reactor Engineering dan Fire & Explosion. Dengar nama modul dah tau awal-awal kali ni mesti banyak subject kualitatif jadi banyak fakta yang kene ingat dan hafal mana tak letih. Lagi-lagi aku ada 2 minggu yang betul-betul solid lepas submit project repor untuk aku mula revision.

Satu paper dah selamat dijawab iaitu Energy from Biomass and Waste. Nota dia bro, fuhh macam baca journal. Paper yang dah lepas tu nak kata mantap tak jugak, nak kata teruk tak jugak. Kira okay la paper tu. Pengajaran yang aku dapat dari paper tu ialah pentingnya kita ambil peduli dengan isu semasa melalui pembacaan alternatif i.e. newspaper, columns. Banyak info yang aku guna untuk jawab satu soalan yang aku pun tak terfikir dia nak tanya, so aku tak baca la nota tu. Alhamdulillah info-info tu banyak yang berkaitan. Well at least dapat sikit markah pun jadi la daripada dapat kosong.

Cerita sekarang ni bro, nak grad dengan 1st class honours agak susah untuk aku. Ini semua punca daripada lalai waktu 3rd year. Nak grad dengan 1st class aku kena skor 4th year ni at least 73%. Sem lepas aku dapat average skor 68%. Well mathematically it is do-able tapi disebabkan aku start agak lambat untuk sem ni, impian tu agak mustahil. Nasihat aku kepada incoming final year students, lebihkan modul waktu autumn sem so that in the spring sem, you can allocate most of your time for research project and you will have less problems to study and prepare for spring sem exam.

Kawan-kawan aku yang study di US ramai dah mula pulang untuk kebaikan (balik for good bak kata sarimi). Ramai yang graduate dengan macam-macam award di university masing-masing. Ada yang siap jadi flag-bearer untuk department. Fuhh kemain kencang depa ni. Bila dengar berita mereka, barulah aku sedar yang aku ni sebenarnya jauh ketinggalan daripada yang lain. Betullah apa orang cakap, always look at people which are more successful than you. Apapun tahniah la kawan-kawan sekalian. Aku tumpang bangga dengan kejayaan masing-masing.

Walau macam mana pun, aku takkan give up dalam usaha aku utk grad dengan 1st class honours ni. Pesanan ayah aku semat dalam fikiran baik-baik; orang yang putus asa ni maknanya dia putus asa dengan janji Allah, usaha dan tawakkal kan ada.  Jadi, untuk 3 exams terakhir ni, insha-Allah aku akan cuba yang terbaik. Macam orang Sarawak cakap, ‘agi idup, agi ngelaban!!’. Next two papers ni iAllah aku yakin boleh buat tapi untuk paper last nanti, Nuclear Reactor Engineering tak tau lah apa akan jadi. Dah abis baca semua nota pun masih blur2 lagi. Mau jadi ‘agi idup, agi ngelabah’ aku nanti. Takpelah, usaha selagi boleh bro.

Aku harapakan kawan-kawan yang baca entry ni dapat doakan kejayaan aku dan kawan-kawan lain. Kadang-kadang kita berjaya boleh jadi disebabkan doa orang lain 🙂

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3)

p/s: saja menulis untuk hilangkan sedikit tension 🙂

Advertisements